Dalam tahun millenium @ 2k ini banyak yang kite dengar pasal politik.dari sekecik-kecik cerite hingga sebesar-besar berite.Aku khusus nye banyak terpengaruh atau pon lebih berpihak kepade pembangkang.Bukan kerana aku ni aku ni orang yang tak bersyukur,tapi aku lebih terpengaruh dengan manifesto pembangkang.Manifesto pihak kerajaan pon bagus jugak.Cume kebanyakkan manifesto tu tak berpihak kepade golongan mcm aku.(golongan belia muda kelas sederhana bekerja swasta).
Kalau dilihat semula,tahukah anda bagai mana Malaysia terbentuk.apakah tujuan kemerdekaan yang sebenar? Adakah hanya untuk bebas dari jajahan negara asing? Ataupon untuk bebas memerintah negara sendiri? ataupon hanya sekadar mendaulatkan maruah Sultan dan Raja-raja Melayu?
Sebelum ape-ape,kite bincang dulu bagaimana tanah melayu dibentuk.
Kalau korang baca buku sejarah sekolah menengah, sukatan pelajaran tahun 90'an.Memang ada menceritakan pasal pembentukan tanah melayu.Kalau dalap En Wiki;"Tanah Melayu merujuk kepada tempat yang didiami oleh suku kaum Melayu, di daerah Asia Tenggara. Terbentang dari Patani[1] di sebelah utara hingga ke Riau-Lingga di bawah Kesultanan Johor di bahagian selatan. Titik tersempitnya ialah Tanah Genting Kra. Bahagian pesisir barat daya terpisah dari pulauSumatra oleh Selat Melaka. Di seberang timur Laut China Selatan terletak pulau Borneo. Bagaimanapun, Tanah Melayu dalam sejarah turut merangkumiPatani yang kini berada di bawah kerajaan Thailand[2] Di bawah pemerintahan British, istilah Semenanjung Tanah Melayu, merupakan hujung terselatan daratan utama Asia, telah mula digunakan, mengeluarkan Singapura".
Dari abad ke 7 hingga ke 13 Tanah melayu di perintah oleh kerajaan Srivijaya.Main quaters pade masa ni dekat Palembang.Pada masa ini juga agama Hindu dan Budha menjadi agama majoriti orang di Tanah Melayu.Tulisan pon kita pakai tulisan sanskrit dari India.FYI,India dahulu memang menjadi negara singgahan pedagang yang paling popular.Kalau tengok Map pon kite boleh tahu kenape.Selepas kerajaan Srivijaya digulingkan,kerajaan Majapahit dari Jawa pulak naik.Orang-orang dari kerajaan Srivijaya ni sangat tak suka dengan Majapahit,jadi dieorang pon melarikan diri ke sebuah pulau besar yang dimane kan Temasik.Orang-orang Srvijaya menawan temasik yang pada masa itu diperintah oleh kerajaan Ayuthaya dengan membunuh gabenornye bername Temagi.Kerajaan pertama Srivijaya di temasik diperintah oleh Sang Nila Utama dan dikenali sebagai Sang Utama Parameswara Batara Sri Tri Buana yang bermaksud Sang Utama Parameswara Yang dipertua 3 dunia.
Setelah 4 generasi keluarga Sang Nila Utama memerintah,Majapahit datang ke temasik untuk menghapuskan keseluruhan konco2 Srivijaya.Pada Masa itu pemerintah sirvijaya yang bernama Paduka Sri Maharaja Parameswara melarikan diri ke sebuah tempat iaitu Muar.Beliau berhasrat untuk membuka kerajaan baru.Beliau pon recce-recce kawasan dan mendapati Muar tidak selamat lalu beliau meneruskan perjalanan sehingga ke sungai bertam.Sungai bertam ni dahulunya kawasan nelayan.Agaknya Parameswara rase tempat ni strategik dari segi ketenteraan dan makanan,maka beliau pon membina ibukota baru di situ...senang jek kan,jalan2 jumpe tanah,buat ibukota...kalo skang ni,ce try.mau kene penyepak dengan penduduk setempat.
Menurut cerita,Parameswara memeluk Islam kerana beliau berkahwin dengan anak kepada Sultan Perlak.Namanya Puteri Ratna.Perlak adalah sebuah Kesultanan kerajaan Islam di kawasan Pasai di utara sumatera.Paduka Sri Maharaja Parameswara ni jugak bertanggungjawab memajukan Melaka sehingga menjadi sebuah kawasan dagangan yang terkenal di Nusantara @ Asia tenggara.Dari sini lah bermulanya cerita penjajahan berlaku.
Melalui cerite diatas,kite tahu yang Tanah Melayu memang sejak azali lagi berperang.Dari kerajaan srivijaya ke kerajaan Majapahit.Perang pasal ape,bace lah sendiri encik wiki.
Ok,Sejarah Temasik(Singapura) dan Melaka dah cover.kite ade lagi 13 negeri lagi ntuk dicover.nanti aku sambung.letih la..
No comments:
Post a Comment