Tuesday, October 18, 2011

Johor dan sejarah perangnya

Sekarang ni kite tengok pulak sejarah negeri johor.negeri johor ni adalah salah satu negeri yang sangat maju di zaman dahulu.Sejarah johor telah bermula sejak dari zaman 800M.negeri johor dijadikan penempatan bagi pedagang2 luar terutamanya pedagang dari arab.Pedagang arab datang ke Johor ni ntuk jual Belacan...eh..jual rempah daa..Pedagang arab memanggil Negeri Johor sebagai Jauhar yang bermaksud Permata Berharga.Johor jugak dikenali sebagai Hujung Tanah atau Gangganu(Batu Permata) oleh pedagang Siam.Kenape pedagang2 ni panggil Johor sebagai Permata,aku pon tak tau.mungkin dulu ramai pedagang2 permata dekat sini kot atau pon dekat sini memang berpotensi sebagai kawasan maju.


Pada zaman 800M ni,Johor di bawah pemerintahan Majapahit. dan pada tahun1400,Johor pula diperintah oleh Kesultanan Melayu Melaka. Pada Tahun 1511,Melaka dijajah oleh Portugis dan Sultan Melaka pada masa itu iaitu Sultan Mahmud Shah telah melarikan diri ke Pahang dan kemudiannya ke Bentan(sebuah kawasan di johor).Pada tahun 1528, anak kepada Sultan Mahmud shah, Sultan Alauddin Riayat Shah telah pon menubuhkan Kesultanan Johor.Kawasan Jajahannya adalah Johor - Riau, wilayah yang terbentang dari sungai Klang hingga ke Linggi dan Tanjung TuanMuarBatu PahatSingapuraPulau Tinggi dan pulau-pulau lain di pantai timur semenanjung Tanah Melayu serta Kepulauan Karimun, Bintan, Bulang, Lingga, Bungaran, Kota Baru, Kampar dan Siak di Sumatera.


Bagaimana Kesultanan Melaka di jatuhkan dan jadinya Kesultanan Johor?


Setelah Sultan Melaka melarikan diri ke Bentan, Sultan Mahmud Shah mengumpulkan semula semua askarnya dan menyerang Melaka beberapa kali dan membuat sekatan perdagangan. Portugis merana kerana banyak serangan dilakukan oleh Sultan Mahmud Shah. Beberapa percubaan untuk menewaskan askar-askar Sultan Mahmud Shah dilakukan. Akhirnya, pada tahun 1526, seangkatan kapal yang besar di bawah Pedro Mascarenhaas dihantar oleh negeri Portugal untuk memusnahkan bandar Bentan. Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri melintasi Selat Melaka ke Kampar, Sumatra di mana baginda mangkat. Beliau meninggalkan dua orang putera iaitu Tengku Muzaffar Shah dan Tengku Alauddin Riayat Shah.

Muzaffar Shah seterusnya menjadi Sultan Perak manakala Alauddin Riayat Shah menjadi sultan Johor yang pertama. Kesultanan Johor juga dikenali sebagai "Kesultanan Johor-Riau-Lingga".

No comments:

Post a Comment